QAF Auto lantik pengurus baru

QAF Auto lantik pengurus baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan BMW di Brunei Darussalam, hari ini, mengumumkan pengurus besarnya yang baru iaitu Sivakumar Krishnan.

Berasal dari Malaysia, Sivakumar Krishnan akan melihat kesemua aspek operasi perniagaan BMW QAF Auto Sdn Bhd terutama di bahagian selepas jualan.

Beliau membawa pengalaman dalam industri automotif untuk mengubah keseluruhan operasi selepas jualan BMW kerana dengan memberikan perkhidmatan, akan dapat menjual lebih banyak kereta dan sudah pasti jenama BMW boleh menjadi No.1 dalam pasaran automotif premium di Brunei Darussalam.

“Kami ingin menumpukan ke atas menaik taraf perkhidmatan selepas jualan kami di BMW, ia adalah bagi menambah keyakinan pelanggan untuk datang dan membeli semula kereta-kereta BMW. “

Kumpulan jurujual BMW sedia memberi layanan terbaik kepada pelanggan BMW.
Kumpulan jurujual BMW sedia memberi layanan terbaik kepada pelanggan BMW.
Sivakumar Krishnan ketika ditemu bual.
Sivakumar Krishnan ketika ditemu bual.

Beliau menambah, “Ketika dalam keadaan ekonomi lembap, sangat sukar untuk menjual kereta premium sebab itu kami menumpukan lebih kepada perkhidmatan selepas jualan,” katanya.

Sivakumar Krishnan mempunyai kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan pernah menjadi Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan BMW Terbaik di Malaysia dan Ketua Bahagian Jualan BMW di Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA