QAF Auto rai ulang tahun ke-20

QAF Auto rai ulang tahun ke-20

Oleh Pg Fairol RMF & Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama BMW di Brunei Darussalam telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-20 dengan majlis resepsi yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, Perindustrian Beribi II, semalam.

Lebih 100 jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi korporat dan pelanggan, serta pihak pengurusan QAF menghadiri majlis tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam, Roland Christian Grafe yang turut melancarkan logo ulang tahun dan slogan baru syarikat iaitu ‘Your Satisfaction, Our Commitment’.

Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Siva Kumar Krishnan dalam ucapan alu-aluannya di majlis itu berkata, 20 tahun merupakan kejayaan besar bagi organisasi mereka.

“Ini merupakan sambutan di mana kita berhenti sekejap dan melihat semula pencapaian selama 20 tahun dan melihat cabaran baru yang masih perlu kita atasi,” tambahnya.

Roland Christian Grafe (tiga dari kanan), Siva Kumar Krishnan (dua dari kanan) dan pihak pengurusan BMW memotong kek ulang tahun ke-20 QAF Auto.
Roland Christian Grafe (tiga dari kanan), Siva Kumar Krishnan (dua dari kanan) dan pihak pengurusan BMW memotong kek ulang tahun ke-20 QAF Auto.
Siva Kumar Krishnan semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis resepsi berkenaan.
Siva Kumar Krishnan semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis resepsi berkenaan.

Majlis resepsi itu juga diteruskan dengan pengenalan kumpulan pengurusan dari bahagian jualan, pemasaran dan selepas jualan. Pada waktu yang sama, mereka juga memperkenalkan visi 2020 iaitu untuk dikagumi, dipercayai dan menjadi jenama premium nombor satu di Brunei Darussalam.

Salah seorang pelanggan yang dijemput, Anyati Abdullah (Duran) Orcullo selaku pemilik kereta BMW, berkata bahawa beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan BMW selama ini terutamanya dalam penjagaan atau penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak pengurusan.

Beliau juga diberitahu awal mengenai perubahan struktur pengurusan baru BMW dan tawaran terbaru termasuk BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI) lima tahun bagi pemilik kereta BMW, yang menurutnya, salah satu daripada tawaran yang memuaskan hati mereka.

“Saya berharap dengan slogan baru ini, ia akan membuat perubahan besar untuk memberi yang terbaik kepada kami,” tambah beliau.

Pada majlis itu, QAF Brunei Sdn Bhd juga telah mengumumkan berita menarik iaitu kemasukan BMW 5 Series ke pasaran Brunei Darussalam pada akhir suku pertama tahun depan.

Para pelanggan dan ahli-ahli korporat yang hadir menikmati hidangan yang disajikan.
Para pelanggan dan ahli-ahli korporat yang hadir menikmati hidangan yang disajikan.
Para pelanggan yang hadir turut dihidangkan pelbagai jenis makanan bagi memeriahkan lagi acara sempena Ulang Tahun Penubuhan QAF Auto ke-20 berkenaan.
Para pelanggan yang hadir turut dihidangkan pelbagai jenis makanan bagi memeriahkan lagi acara sempena Ulang Tahun Penubuhan QAF Auto ke-20 berkenaan.
ATAS/BAWAH: Antara permainan yang disediakan semasa Hari Penghargaan Pelanggan di Bilik Pameran BMW, semalam.
ATAS/BAWAH: Antara permainan yang disediakan semasa Hari Penghargaan Pelanggan di Bilik Pameran BMW, semalam.

Sementara itu, hari ini, para pelanggan telah dijemput untuk menyambut ulang tahun penubuhan QAF Auto bersama BMW pada acara Hari Penghargaan Pelanggan yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang, di Bilik Pameran BMW, di Perindustrian Beribi II.

Sepanjang acara berkenaan, para pelanggan dan ahli keluarga mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti antaranya melukis muka, Balloon Twisting, pondok gambar dan sesi uji pandu model-model terkini BMW.

Di samping itu, pelanggan BMW Brunei juga berpeluang mendengar penerangan mengenai promosi ulang tahun QAF Auto yang sedang giat dijalankan.

Menurut Kenyataan QAF Auto Sdn Bhd, berbagai-bagai aktiviti lain akan diungkayahkan pada masa akan datang sejajar dengan slogan baru syarikat.

Untuk makluman terkini, orang ramai boleh melayari Facebook BMW Brunei dan Instagram @bmwbrunei.

ARTIKEL YANG SAMA