QAF Auto sedi...

QAF Auto sediakan pelbagai tawaran menarik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Sempena kedatangan Tahun Ayam dalam kalender Cina, QAF Auto menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk para pelanggannya bermula sekarang hingga 31 Januari 2017.

Dalam tawaran terbaru ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelanggan berpeluang melancong ke Melbourne selama lima hari empat malam untuk dua orang termasuk tempat penginapan dengan hanya membeli kereta jenama BMW model 3 Series atau BMW X1.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Macbook Pro, iPhone 7, iPad Pro atau baucar membeli-belah bernilai $500 dalam Cabutan Bertuah Tahun Baru Cina.

Tambahan lagi, QAF Auto Sdn Bhd juga mengumumkan mengenai tawaran eksklusif yang mana kesemua pelanggan yang membeli kereta BMW akan mendapat BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI) selama lima tahun.

Dengan hanya membeli kereta jenama BMW model 3 Series atau BMW X1, pelanggan berpeluang melancong ke Melbourne selama lima hari empat malam untuk dua orang termasuk penginapan.
Dengan hanya membeli kereta jenama BMW model 3 Series atau BMW X1, pelanggan berpeluang melancong ke Melbourne selama lima hari empat malam untuk dua orang termasuk penginapan.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan slogan ‘Kepuasan Anda, Komitmen Kami’, selama lima tahun dari mula membeli kereta, mereka akan memberi perkhidmatan penyelenggaraan sepenuhnya secara percuma mengikut jadual pelanggan masing-masing.

Ini bermakna pelanggan hanya perlu membawa kereta mereka ke QAF Auto Sdn Bhd dan membawa balik tanpa membayar apa pun. Setentunya kesemua ini untuk memberi kepuasan kepada pelanggan setia QAF Auto Sdn Bhd.