QAF, Bank Baiduri berentap pada peringkat akhir futsal

QAF, Bank Baiduri berentap pada peringkat akhir futsal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Pasukan QAF Sdn Bhd akan menentang Pasukan Bank Baiduri di dalam Kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat 2016 selepas menewaskan Pasukan Sprintal dalam peringkat separuh akhir dengan jaringan 4-1.

Sementara itu Pasukan Bank Baiduri B pula tampil pemenang dalam separuh akhir kedua apabila menewaskan Pasukan BSP dengan jaringan 2-1 untuk mengesahkan kemaraan menentang QAF Selasa ini nanti.

Pusingan kedua kejohanan futsal hari ini menyaksikan Pasukan BSP menang ke atas RB (5-3), JPMC menewaskan Jabatan Buruh A (3-0), Bank Baiduri menewaskan BLNG (2-0) dan Pasukan Rentokil tewas di tangan Goldmyne (3-0).

Sementara itu pada peringkat suku akhir pula JPMC akur tewas di tangan Bank Baiduri B (4-3), Pasukan BSP pula menewaskan Goldmyne (4-3), Sprintal menewaskan Alpha One (2-1) dan QAF pula menewaskan TelBru dengan jaringan 1 – 0.

Pasukan QAF melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat yang bakal diadakan Selasa 17 Mei 2016 menentang Baiduri B.
Pasukan QAF melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Futsal Sukan Ria Antara Syarikat yang bakal diadakan Selasa 17 Mei 2016 menentang Baiduri B.