QAF Brunei tunjuk belang

QAF Brunei tunjuk belang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Setelah berlangsung selama empat hari beberapa pasukan sudah mula menunjukkan belangnya dalam Kejohanan Badminton Sukan Ria Antara Syarikat 2016 yang kini berlangsung di Pusat Belia, di sini.

Pasukan QAF Brunei antara pasukan yang menjadi kegemaran dalam Kumpulan A apabila pasukan berkenaan membuka tirai perlawanan dengan kemenangan besar ke atas Indera Motors dengan mata 4-1 sementara Bank Baiduri pula menewaskan DST Comm B dengan mata 5-0.

Dalam Kumpulan B pula, Pasukan BIBD juga memulakan perlawanan dengan kemenangan ke atas pasukan KPMG dengan mata 3-2 sebelum diikuti dengan kemenangan TelBru Berhad ke atas pasukan DST Comm A dengan mata 4-1. Pada hari kedua kejohanan pasukan QAF Brunei sekali lagi mempamerkan permainan yang memberangsangkan apabila membenam Pasukan Bank Baiduri dengan mata 5-0, sementara Pasukan Petar Perunding pula tampil pemenang ke atas Pasukan Indera Motors dalam kumpulan A dengan mata 2-3.

Antara aksi dalam perlawanan badminton yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara.
Antara aksi dalam perlawanan badminton yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara.

Pasukan BIBD pula terpaksa akur kepada Pasukan TelBru Berhad dengan kekalahan 2-3 sementara dalam kumpulan yang sama Gong Cha tampil pemenang apabila sekali lagi Pasukan KPMG terpaksa berhadapan dengan kekalahan 2-3. Perlawanan diteruskan pada hari ketiga bersamaan dengan 18 April 2016 yang lalu, dan dalam perlawanan itu QAF Brunei meneruskan siri kemenangannya dan kali ini giliran Pasukan DST Comm B pula menjadi mangsanya apabila menang 5-0.

Pasukan Bank Baiduri pula meneruskan prestasi mengekori rapat persaingan sengitnya dalam kumpulan A apabila berjaya menumpaskan Pasukan Petar Perunding dengan mata 2-3. BIBD pula dalam kumpulan B menang ke atas DST Comm A dengan mata 3-2 dan TelBru Berhad terus mengekalkan rekod tanpa kalahnya dengan kemenangan ke atas Pasukan Gong Cha dengan mata 5-0.

ARTIKEL YANG SAMA