QAF FC bertemu semula

QAF FC bertemu semula

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Para bekas pemain QAF FC masih berhubung antara satu sama lain dan persahabatan antara mereka kekal kukuh dan terbukti dengan perkumpulan semula mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan.

Mereka telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan B.O.B. FC di Padang Bolasepak Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) yang berkesudahan dengan kemenangan 6-2.

Perkumpulan semula para bekas pemain QAF FC itu bukan kali terakhir dan akan terus mereka adakan dari semasa ke semasa terutama ketika musim baru bola sepak tempatan belum lagi bermula ini.

QAF FC merupakan pasukan yang aktif menyertai liga bola sepak tempatan sejak sekian lamanya tetapi tidak lagi menyertai Liga Super DST bermula musim lalu dengan para pemainnya telah berpecah menyarung jersi pelbagai pasukan lain sama ada dalam Liga Super DST mahupun Liga Perdana DST.

Bekas para pemain QAF FC bergambar ramai sebelum perlawanan persahabatan menentang B.O.B. FC bermula.
Bekas para pemain QAF FC bergambar ramai sebelum perlawanan persahabatan menentang B.O.B. FC bermula.

ARTIKEL YANG SAMA