Qantas, Virgin Australia larang guna Note 7

Qantas, Virgin Australia larang guna Note 7

SYDNEY, 8 Sept – Syarikat penerbangan Australia Qantas dan Virgin Australia memberitahu pelanggan pada hari ini supaya jangan menggunakan atau mengecaj Samsung Galaxy Note 7 ketika penerbangan selepas bateri yang rosak dalam telefon pintar baru menyebabkan beberapa handset meletup.

Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, berkata pada minggu lalu ia sedang menggantung jualan peranti terbarunya dan menarik balik 2.5 juta unit yang dihantar ke seluruh dunia ekoran laporan “phablet” yang meletup yang memberikan tamparan hebat kepada reputasi firma berkenaan.

“Ekoran penarikan balik Peranti Elektronik Peribadi Samsung Galaxy Note 7 (PED) daripada Samsung Australia, kami meminta penumpang yang memiliki mereka supaya jangan membuka atau mengecaj mereka ketika dalam penerbangan,” kata jurucakap Qantas dalam satu kenyataan. Permintaan itu juga disasarkan pada penerbangan domestik dan antarabangsa serta syarikat penerbangan tambang murah Qantas Jetstar, tambah jurucakap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA