Qari negara berlepas ke Rusia

Qari negara berlepas ke Rusia

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Seorang qari Negara Brunei Darussalam, hari ini, berlepas ke Moscow, Rusia bagi menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-16 bermula hari ini hingga 12 Oktober. Pemergian qari negara, Awang Muhammad Zubair bin Haji Zaini, ke pertandingan berkenaan turut disertai oleh pengurus rombongan, merangkap jurulatih, Drs Ustaz Haji Mustakim bin Sariyun dan Hakim Jemputan, Awang Mohd Sujairi bin Haji Dollah.

Menurut kenyataan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam diundang buat kali ketiga untuk menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa yang diadakan di Moscow, Rusia di mana peserta negara akan mengikuti Kategori Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran.

Rombongan Negara Brunei Darussalam yang berlepas ke Moscow, Rusia bagi menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-16.
Rombongan Negara Brunei Darussalam yang berlepas ke Moscow, Rusia bagi menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-16.

ARTIKEL YANG SAMA