Qari negara diberi pujian

Qari negara diberi pujian

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Qari yang mewakili negara dalam Pertandingan Anugerah Mazmur Kitab Suci Al-Quran Antarabangsa Mohammad VI ke-11 di Maghribi, selamat pulang ke tanah air hari ini, setelah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 22 orang peserta.

Kepulangan Awang Muhammad Auni Marzuqi bin Haji Anuar berserta pengurus merangkap jurulatihnya, Awang Muhammad Azim bin Haji Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah dialu-alukan oleh para pegawai dari Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Awang Muhammad Azim semasa ditemui melahirkan perasaan berbesar hati dengan pencapaian Awang Muhammad Auni Marzuqi dan menyatakan bahawa penyertaan pertama ini merupakan platform pendedahan yang amat berguna berdasarkan respons positif para hakim mengenai peserta termuda dari bumi Darussalam itu.

Menurutnya, Muhammad Auni Marzuqi yang merupakan pelajar Tahun 9 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, telah mempamerkan bacaan yang matang dan mendapat pujian daripada barisan hakim yang turut menyatakan beliau sangat berpotensi besar untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.

Awang Muhammad Auni Marzuqi bersama pengurusnya dialu-alukan oleh para pegawai dari Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, semalam.
Awang Muhammad Auni Marzuqi bersama pengurusnya dialu-alukan oleh para pegawai dari Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, semalam.

ARTIKEL YANG SAMA