Qatar Airways perluas rangkaian di UK

Qatar Airways perluas rangkaian di UK

pg19_151028_b

DOHA, 27 Okt (Bernama) – Qatar Airways mengumumkan pengembangan terbaru dalam rangkaiannya di United Kingdom dengan mengendalikan perkhidmatan perjalanan baru antara Doha dan Birmingham, dari 30 Mac tahun depan, Qatar News Agency (QNA) melaporkan.

Syarikat penerbangan itu berkata dalam satu kenyataan akhbar hari ini bahawa destinasi baru adalah tambahan kepada perkhidmatan yang sedia ada ke London Heathrow, Manchester dan Edinburgh. Birmingham adalah bandar yang terbesar dan paling ramai penduduk di luar London dan terletak di Midlands Barat.

Ekonomi negara sebahagian besarnya dikuasai oleh sektor perkhidmatan dan bandar merupakan hub pengangkutan dan persidangan terpenting.

Ia juga merupakan pusat tumpuan terbesar perniagaan di luar London, menawarkan 34,285 syarikat termasuk lebih 700 syarikat antarabangsa.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker berkata laluan tambahan mengukuhkan komitmen Qatar Airways dengan kawasan-kawasan di seluruh UK dan akan mewujudkan hubungan komersil dan rekreasi yang baru antara bandar Birmingham dan 152 destinasi dari penerbangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA