Qatar akan hapuskan sistem ‘Kafala’

Qatar akan hapuskan sistem ‘Kafala’

DOHA, 5 Mei (AFP) – Menteri Buruh Qatar semalam berkata beliau berharap sistem ‘Kafala’ kontroversi negara itu yang dikritik kerana disamakan kepada perhambaan moden, akan dimansuhkan sebelum akhir tahun ini.

Kafala yang sudah lama dibidas oleh kumpulan hak asasi kemanusiaan, menjadi fokus utama kritikan sejak Qatar dianugerahkan Piala Dunia 2022, ketika undang–undang buruh negara yang kaya dengan tenaga itu berada di bawah pengawasan antarabangsa.

Di bawah skim itu, pekerja di negara Teluk itu boleh menghalang pekerja asing daripada bertukar kerja atau meninggalkan negara itu.

Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial Qatar, Dr Abdullah bin Saleh al-Khulaifi berkata, dia pasti ‘90 peratus’ sistem itu akan digantikan dalam tempoh tujuh bulan.

“Saya berharap ia akan menjadi keutamaan sehingga akhir tahun ini,” kata Khulaifi, bercakap pada sidang media di Doha kepada wartawan asing. “Kami membincangkannya, pemegang amanah kami akan melihatnya…sekarang ia dalam laluan.

“Adakah saya percaya, ia akan berhasil dengan positif? Ya, saya percaya. Kerana pada akhirnya saya percaya ia bagus untuk ekonomi dan negara.”

Ditanya jika skim itu akan dimansuhkan akhir tahun ini, Khulaifi menjawab: “Saya 90 peratus berharap atau percaya ia akan berhasil.” Doha berkata ia akan menggantikannya dengan sistem asas berbanding kontrak pekerjaan.

Kontrak ini akan berakhir dalam masa lima tahun dan permit keluar sekarang akan digantikan dengan yang mana pekerja diberikan kuasa maksimum notis 72 jam jika mahu meninggalkan negara itu.

Reformasi yang dicadangkan telah dibincangkan oleh kabinet dan pada masa ini sedang dipertimbangkan oleh Majlis Shura Qatar yang mempunyai kuasa untuk mendraf undang–undang baru.