Qatar berada pada ranking ke-13 daya saing dunia

Qatar berada pada ranking ke-13 daya saing dunia

DOHA, Qatar, 31 Mei – Qatar mengekalkan tempat teratas dalam edisi 2016 bagi Buku Tahunan Senarai Daya Saing Dunia, yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD), berada di ranking ke-13 daripada 61 negara.

Dalam satu keterangan yang dikeluarkan kelmarin, Kementerian Perancang Pembangunan dan Statistik berkata, ranking tersebut menggambarkan status tinggi bahawa Qatar terus mencapai dalam semua bidang, daya saing dalam laporan yang diukur berdasarkan sekumpulan data dan indeks statistik, dan juga, pandangan eksekutif-eksekutif syarikat dan ahli perniagaan, yang termasuk dalam kaji selidik laporan-laporan lapangan dan menawarkan pandangan-pandangan mereka dalam persekitaran perniagaan dan daya saing ekonomi Qatar.

Menteri Perancang Pembangunan dan Statistik, Dr. Saleh bin Mohammed Al Nabet, mengalu-alukan keputusan laporan, menegaskan, ia meningkatkan status global Qatar, menyatakan bahawa keputusan-keputusan itu membantu sebagai panduan bagi kawasan-kawasan yang mempunyai ruang bagi penambahbaikan. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA