Qatar lantik duta pertama ke Iraq

Qatar lantik duta pertama ke Iraq

DUBAI, 11 Sept (Reuters) – Emir Qatar telah melantik seorang duta ke Iraq, yang pertama sejak kedutaan itu ditutup 25 tahun yang lalu, menurut media Iraq dan Qatar, dalam petanda baru kemesraan hubungan antara negeri-negeri Teluk Arab dan Iraq.

Menteri Luar Negeri Iraq pada Mei lalu telah mengatakan yang Qatar akan membuka kedutaannya di Baghdad.

Media kerajaan Qatar serta Al Jazeera milik Qatar mengatakan dalam laman web mereka yang Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani telah mengeluarkan dekri melantik Zayed al-Khayareen sebagai ‘duta istimewa dan mutlak ke Iraq’.

Ketegangan antara negeri-negeri Teluk yang diperintah ahli sunah Islam dan Iraq yang mempunyai majoriti puak Syiah, telah mereda sejak Perdana Menteri Haider Abadi dilantik tahun lepas.

Pemulihan hubungan baik itu boleh membantu memperkukuhkan perikatan serantau bagi menentang militan Islamic State (IS) yang telah menakluki sejumlah kawasan besar di Iraq dan juga Syria.

Arab Saudi juga menandakan hasratnya untuk membuka semula kedutaannya di Baghdad pada awal tahun ini dan menjemput Abadi untuk mengunjungi kerajaan itu.

Beberapa negeri-negeri Teluk telah melihat Iraq sebagai terlalu rapat dengan pesaing serantau utama mereka, Iran yang didominasi Syiah.