Qatar mantapkan industri sayur-sayuran

Qatar mantapkan industri sayur-sayuran

DOHA, 26 Ogos (AFP) – Negara padang pasir Qatar akan menggunakan “teknologi canggih” untuk menanam 70 peratus daripada sayurannya sendiri menjelang 2023 – pertambahan empat kali ganda, menurut pegawai daripada kumpulan pertanian terbesar Doha semalam.

Ramalan itu dibuat selepas percubaan selama dua tahun projek hidroponik Zulal Oasis, yang menyaksikan tomato membesar dalam rumah hijau tanpa tanah dan menggunakan air penyaliran yang di kitar semula, oleh Hassad Food di tanah ladang barat ibu negara, Doha.

Seorang jurucakap untuk Hassad berkata, skim itu mungkin dilancarkan sekarang dan mungkin membenarkan negara mencatatkan pertambahan besar dalam penghasilan sayurannya sendiri dalam tempoh lapan tahun.

Buat masa sekarang, di antara 11 dan 16 peratus daripada sayurannya ditanam secara global, bergantung pada musim.

Percubaan menumpu pada tomato tetapi boleh digunakan untuk menanam sayuran popular lain di Qatar, termasuk timun dan terung ungu.

Projek hidroponik Zulal Oasis selama dua tahun menyaksikan tomato membesar dalam rumah hijau tanpa tanah. – AFP
Projek hidroponik Zulal Oasis selama dua tahun menyaksikan tomato membesar dalam rumah hijau tanpa tanah. – AFP
Pengerusi Hassad Food, Nasser Mohamed al-hajri. – AFP
Pengerusi Hassad Food, Nasser Mohamed al-hajri. – AFP

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa projek perintis telah mencatat kejayaan besar,” kata Nasser Mohamed al-Hajri, pengerusi dan pengarah urusan Hassad Food.

“Teknologi itu terbukti amat sesuai untuk iklim Qatar; ia juga melebihi jangkaan mengenai hasil dan kualiti.

“Teknologi Zulal Oasis adalah model pengeluaran mampan jangka panjang, dengan keupayaan menghasilkan tanaman gred- tinggi 12 bulan setahun tanpa mengira musim.”

Jaminan masalah merupakan satu isu besar untuk Qatar, yang mengimport kebanyakan daripada keperluannya.

Program Jaminan Makanan Nasional bertujuan menambah mampu diri makanan Qatar, dilancarkan pada 2013 dan akan diteruskan sehingga 2030.

ARTIKEL YANG SAMA