Qatar mengambil 33,000 pekerja Kemboja

Qatar mengambil 33,000 pekerja Kemboja

PHNOM PENH, 20 Mei (Xinhua) – Kemboja menyambut baik cadangan dari Qatar untuk menyediakannya dengan 33,000 orang pekerja Kemboja bagi pelbagai projek sebelum Piala Dunia 2022 yang akan diadakan di Doha, bandar negara Teluk itu, lapor media tempatan hari ini.

Menteri Buruh Kemboja Ith Samheng menyambut baik cadangan itu, yang telah dibangkitkan oleh Saleh Al-Shawi, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Sosial dan Buruh ketika rundingan di sini semalam. Al-Shawi berkata negaranya mempunyai sebilangan projek besar untuk disiapkan sebelum 2022 dan memerlukan ramai pekerja untuk menyiapkan kesemuanya.

ARTIKEL YANG SAMA