Qatar sedia 1,000 rumah baharu

Qatar sedia 1,000 rumah baharu

GAZA, 18 Jan – Projek pembinaan dibiayai Qatar telah menyediakan 1,000 kediaman baharu untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Gaza dengan Israel pada tahun 2014.

Sumbangan negara Teluk itu adalah tanda ketara untuk membina semula Genting Gaza yang menyaksikan kira-kira 100,000 orang masih menjadi pelarian selama 18 bulanselepas pertempuran, dengan pertumbuhan ekonomi disekat rejim Zionis dan Mesir.

Wakil Qatar Mohammed Al-Amadi berkata, selepas perang 2014, negaranya berjanji menyumbangkan AS$1 bilion untuk projek pembangunan di Gaza, di mana AS$50 juta dibayar kepada pemilik rumah dimusnahkan bagi membiayai pembinaan semula perlindungan.

“Qatar melakukan semua usaha untuk membantu rakyat Gaza dalam bidang elektrik, pertanian, infrastruktur dan perumahan termasuk membina semula rumah yang musnah sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, pembiayaan Qatar turut menyediakan 1,060 rumah baharu lain di bandar Khan Younis untuk keluarga berpendapatan rendah. – Reuters

Poster menggambarkan bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani (kanan) dan Emir Qatar Tamim bin Hamad al-Thani (kiri) dilihat pada bangunan semasa orang menghadiri majlis perasmian ‘Hamad City’, di selatan Semenanjung Gaza. - Reuters
Poster menggambarkan bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani (kanan) dan Emir Qatar Tamim bin Hamad al-Thani (kiri) dilihat pada bangunan semasa orang menghadiri majlis perasmian ‘Hamad City’, di selatan Semenanjung Gaza. – Reuters