Qatar sedia hadapi Iran

Qatar sedia hadapi Iran

DOHA, 30 Ogos – Jurulatih Qatar Jose Daniel Carreno mengakui pasukannya menghadapi persaingan sukar di Iran apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi kelayakan Piala Dunia 1 September depan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Azadi, Tehran ketika pusingan ketiga kelayakan Asia bagi Piala Dunia Rusia 2018 dijalankan.

“Perlawanan tersebut sukar dan ramai pemain tahu ia mungkin sukar tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menceriakan penduduk Qatar dan mendapatkan mata,” Carreno dari Uruguay memberitahu Persekutuan Bola Sepak Qatar dalam video yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya.

Iran dan Qatar diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Korea Selatan, Uzbeksitan, China dan Syria. Kedua-dua pasukan akan secara automatik layak bagi Piala Dunia 2018.

Pasukan yang selesai di tangga ketiga layak untuk play-off. Iran adalah pilihan teratas dalam kumpulan itu dengan ranking tertinggi FIFA (39). Di samping Korea Selatan, mereka adalah pasukan pilihan untuk layak dari kumpulan itu.

Qatar yang berada di ranking ke-80, walaupun terdesak untuk mara buat kali pertama dalam peluang terakhir sebelum menghoskan perlawanan itu pada 2022.

Mereka mara ke pusingan kedua dengan memenangi tujuh daripada lapan perlawanan, menamatkan persaingan di depan China dan menyertai penjaring terbanyak seluruh AFC bersama Australia dengan 29 gol.

Qatar membuat perlawanan pemanasan bagi pertemuan di Iran dengan kedua-duanya beraksi dalam persaingan persahabatan tertutup di Doha, menewaskan Iraq 2-1 dan Thailand 3-0. Iran dan Thailand berada dalam AFC Kumpulan B.

Akram Afif, 19, dimasukkan ke dalam skuad Qatar dan pada masa ini dalam pinjaman ke Sporting Gijon dari pasukan Villareal, awal bulan ini melakar sejarah sebagai pemain Qatar pertama beraksi dalam La Liga, Sepanyol.

Berikutan pertemuan pada 1 September, Qatar akan menghadapi Uzbekistan di Doha lima hari kemudian, sementara Iran akan berkunjung ke China. – AFP