Qatar semakin rancak bina mall

Qatar semakin rancak bina mall

MUNICH, 18 Mei – Gedung beli-belah mewah di Qatar kini sedang rancak dilaksanakan, ketika lima buah mall lagi bakal dibina di bandar Emiriah Arab, Doha.

Mall Qatar dijangka dirasmikan pada musim luruh ini dengan menempatkan lebih 500 buah kedai, menurut pegawai pelancongan Qatar.

Kemudian diikuti dengan kawasan beli-belah Northgate Mall seluas 100,000 meter persegi bagi para pengunjung pada akhir tahun ini.

Tawar Mall yang dijangka akan dibuka pada tahun ini juga yang dilengkapi dengan bumbung teres, dan kebun ketimuran.

Pada tahun hadapan pula menyaksikan pusat gedung beli-belah terbesar di Qatar, Bandar Festival Doha, akan siap dibina, sementara mall lain juga sedang dirancang di perbandaran Doha. Semua pusat gedung beli-belah akan mengkhususkan kedai-kedai mewah dan jenama terkenal. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA