Qatar undang Iran sertai rundingan

Qatar undang Iran sertai rundingan

DOHA, 22 Mac – Qatar mengatakan hari ini ia telah mengundang Iran untuk menyertai rundingan bersama pengeluar minyak teratas dunia bulan depan dalam mengimplementasikan pembekuan pengeluaran bagi menstabilkan harga minyak jatuh.

Kementerian tenaga Qatar mengatakan semua 13 anggota OPEC termasuk Iran telah dijemput dalam rundingan 17 April di Doha bersama-sama bukan pengeluar kartel termasuk Rusia.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak mengatakan minggu lepas bahawa Iran telah menunjukkan ia sudah ‘bersedia untuk menyertai’ meskipun tuntutannya bagi pengecualian dari pembekuan untuk membolehkannya merangsang eksportnya selepas ia kembali ke dalam pasaran antarabangsa berikutan pembatalan sekatan Barat.

Prospek pengecualian Iran telah mengakibatkan harga minyak dunia berada di bawah tekanan, meskipun pertambahan dalam pengeluaran Iran sejauh ini melebihi daripada kejatuhan ketara dalam pengeluaran oleh anggota-anggota OPEC, terutamanya Iraq.

Pertemuan bulan depan di Doha adalah susulan daripada rundingan bulan lalu antara Qatar, Rusia, Arab Saudi dan Venezuela yang mana mereka bangkitkan untuk pembekuan pengeluaran.

“Tujuan mesyuarat berkenaan adalah untuk mencapai persetujuan dalam kalangan pengeluar dalam membekukan pengeluaran minyak mentah mereka pada paras Januari bagi mengurangkan bekalan berlebihan dalam pasaran dunia dalam kepentingan semua orang,” kata Kementerian Qatar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA