Qazzri domina...

Qazzri dominasi cabaran golf

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Qazzri Haji Aslimon tampil juara Pukulan Keseluruhan di dalam cabaran Piala Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar 2017 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri apabila berjaya membuat 73 pukulan di sini.

Sementara itu, Seruji Haji Setia dengan 68 pukulan tampil sebagai pemenang Pukulan Nett dan turut menerima hadiah yang disampaikan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Majer Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

Ketika ditemu bual, Qazzri menyatakan perasaan gembiranya dan syukur atas kemenangan kali pertamanya ini serta tidak menduga akan kejayaan itu, apatah lagi ketika berhadapan dengan pemain yang lebih berpengalaman.

Qazzri yang kini berusia 20 tahun memberitahu bahawa beliau telah mula berkecimpung dalam sukan golf pada usia tujuh tahun, setelah mengalami insiden patah tangan yang menyebabkan beliau mula memegang kayu golf sehingga kini.

Tetamu kehormat (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pukulan Keseluruhan, Qazzri Haji Aslimon.
Tetamu kehormat (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pukulan Keseluruhan, Qazzri Haji Aslimon.

“Bapa saya mengingatkan untuk meneruskan usaha dalam sukan golf dan beliau adalah penyuntik semangat untuk saya terus bergiat dalam sukan golf ini. Selain itu, beliau juga terus mendorong saya untuk meneruskan penyertaan di dalam negara dan peringkat serantau,” ujarnya lagi.

Beliau merancang untuk menyertai jelajah serantau profesional di masa akan datang dan akan terus giat mempertingkatkan pencapaiannya dalam sukan golf tempatan.

Hari ini beliau berjaya meninggalkan 17 pemain lain yang menyertai kejohanan dua hari yang bermula kelmarin itu.