QS FT juarai Liga Futsal Irest

QS FT juarai Liga Futsal Irest

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Pasukan QS FT tampil juara dalam Liga Futsal Irest yang berlangsung di Gelanggang Futsal Meteora di Kampung Kapok semalam.

QS tampil juara dengan mencatatkan tiga kemenangan satu seri dan satu tewas dan menempatkan pasukan itu di hadapan pesaing terdekatnya iaitu Pasukan Mu’iz FT yang hanya tewas dengan perbezaan jaringan.

Berada di tempat ketiga ialah Pasukan Brunei 88 yang mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan untuk mendapat tempat ketiga diikuti oleh Pasukan Ole FC di tempat keempat.

Berada di tempat kelima ialah Pasukan MFFT dan berada di tempat keenam pula Pasukan Rooks FT.

Pasukan juara bergambar ramai bersama.
Pasukan juara bergambar ramai bersama.

ARTIKEL YANG SAMA