Quaresma muncul wira Portugal

Quaresma muncul wira Portugal

LENS, Perancis, 26 Jun (AFP) – Ricardo Quaresma membawa Portugal mara ke suku akhir Euro 2016 tiga minit sebelum berakhirnya masa tambahan bagi mengecewakan pasukan Croatia selepas mendominasi permainan.

Cristiano Ronaldo dinafikan bagi menyamakan rekod jaringan catatan Michel Platini dengan sembilan gol bagi kejohanan Eropah itu dengan rembatannya diselamatkan oleh Danijel Subasic, tetapi bola tepat kepada Quaresma untuk menyudahkan tandukan ke gawang yang kosong.

“Kami tahu kesukaran yang kami lalui, tekanan, kerisauan yang datang dengan perlawanan, tetapi saya rasa kami seharusnya menyampaikan ucapan tahniah kepada diri kami sendiri kami kami percaya sehingga akhir perlawanan,” kata Quresma.

Portugal akan menghadapi Poland dalam suku akhir di Marseille pada Khamis depan selepas pasukan Poland menewaskan Switzerland 5-4 menerusi sepakan penalti selepas keputusan seri 1-1 awal semalam.

Ronaldo dilihat dalam keadaan diam bagi hampir keseluruhan perlawanan yang menjadi pertama dalam sejarah Kejohanan Eropah kedua-dua buah pasukan berjaya meledakkan satu rembatan tepat ketika 90 minit masa perlawanan biasa.

 Quaresma meraikan jaringannya yang sekali gus membawa Portugal ke suku akhir. – AFP
Quaresma meraikan jaringannya yang sekali gus membawa Portugal ke suku akhir. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Bos Croatia, Ante Cacic berang dengan ketidakupayaan pasukannya untuk menukar penguasaan ke dalam jaringan.

“Kami tidak menyatakan bola sepak adalah adil, kami mempunyai banyak peluang, kami mendominasi keseluruhan perlawanan, jadi ia bukanlah masalah psikologi,” kata Cacic.

“Pasukan terbaik tidak selalunya menang dan ia berlaku malam ini.”

Portugal adalah satu-satunya pasukan untuk mara dalam 16 kelompok terakhir biarpun tidak memenangi mana-mana tiga perlawanan kumpulan mereka dan jurulatih Fernando Santos mendapatkan pendekatan yang lebih berhati-hati.

Ronaldo tidak menyentuh bola dalam kotak penalti Croatia pada separuh masa pertama, tetapi Portugal melakukan yang secukupnya untuk mengehadkan pasukan Croatia yang teruja untuk menewaskan juara bertahan Sepanyol 2-1 pada pertengahan minggu untuk menghasilkan beberapa peluang berharga.

Bintang midfield, Luka Modric kembali daripada kecederaan bagi persaingan bersama rakan sepasukannya dari Real Madrid, Ronaldo, tetapi dia dan Ivan Rakitic dari Barcelona bergelut untuk cemerlang seperti yang mereka lakukan pada awal perlawanan.