Quaresma tampil imej baru

Quaresma tampil imej baru

SAINT-DENIS, Perancis, 10 Julai – Pemain Portugal dalam Kejohanan Eropah, Ricardo Quaresma memperlihatkan fesyen rambut baru pada perlawanan akhir menentang Perancis.

Quaresma memperlihatkan potongan rambut baru pada sesi latihan semalam rekaan bulu peroksida.Jurulatih Portugal Fernando Santos ketawa apabila diajukan soalan tentang potongan rambut itu pada sidang media di Stade de France semalam.

“Mengagumkan, saya mengucapkan tahniah kepadanya apabila saya melihat potongan rambut itu. Ia adalah kerja seni.”

Quaresma adalah pemain simpanan bagi kebanyakan perlawanan Euro 2016, namun merupakan pemain penting dalam dua perlawanan kalah mati.

Pemain penyerang berusia 32 tahun itu telah menjaringkan gol pada masa tambahan menentang Croatia 1-0 dalam pusingan 16, dan kemudian menyudahkan penalti terakhir dalam tendangan penalti selepas keputusan seri 1-1 menentang Poland dalam perlawanan suku akhir. – AP

Quaresma kelihatan berimej baru dalam sesi latihan bersama pasukannya. - AFP
Quaresma kelihatan berimej baru dalam sesi latihan bersama pasukannya. – AFP