Querrey mara pusingan ke-3 ATP Winston-Salem

Querrey mara pusingan ke-3 ATP Winston-Salem

LOS ANGELES, 24 Ogos – Sam Querrey mencatatkan kejayaan awal pada pertandingan ATP Winston-Salem dengan mara ke pusingan ketiga setelah mencatatkan kemenangan 6-3 6-7 (5/7), 7-5 ke atas Guillermo Garcia-Lopez.

‘Ia adalah tahun yang sukar setakat ini,’ kata Querrey dari AS, yang mencatatkan 24 aces dalam pertandingan semalam.

‘Saya tidak merasakan tekanan. Saya hanya cuba merasakan bagus, cuba untuk beraksi dengan pertandingan yang menarik. Peminat begitu hebat di sini. Mereka memberikan sokongan. Mereka berada di belakang pemain AS, jadi ia adalah hebat.”

Querrey mencatatkan 86 peratus dari mata-mata servis pertamanya dan menyelamatkan saembilan dari 10 break points. Dia seterusnya akan menentang Viktor Troicki dari Serbia, yang menewaskan Kyle Edmund dari Great Britain 6-3, 7-5.

Pilihan kedua, Roberto Bautista Agut menewaskan Aljaz Bedene dari Britain 4-6, 6-3, 6-3.

Reaksi Sam Querrey semasa menentang pemain daripada Sepanyol, Guillermo Garcia-Lopez dalam Terbuka Winston-Salem di Universiti Wake Forest, Wisnton Salem, Utara Carolina. - AFP
Reaksi Sam Querrey semasa menentang pemain daripada Sepanyol, Guillermo Garcia-Lopez dalam Terbuka Winston-Salem di Universiti Wake Forest, Wisnton Salem, Utara Carolina. – AFP

Bautista Agut, yang memenangi dua pertandingan di permukaan gelanggang keras tahun ini, seterusnya menghadapi pilihan ke 14 Marcos Baghdatis dari Cyprus, yang menyingkirkan Donald Young dari AS 6-4, 4-6, 6-4.

Pilihan ketiga, Pablo Cuevas dari Uruguay mencatatkan masa yang mudah dalam mengatasi Malek Jaziri dari Tunisia 7-5, 6-1. Pesaing Cuevas seterusnya adalah pilihan ke 16 Pablo Carreno Busta dari Sepanyol, yang menyingkirkan Jan-Lennard Struff 6-4, 7-5 dari Jerman.

Gilles Simon dari Perancis tewas dalam persaingan pembukaannya bagi tahun kedua berturut–turut. Dia tewas kepada Diego Schwartzman dari Argentina 7-6 (2), 6-1. – AFP