Quinonez puas sekat lawan

Quinonez puas sekat lawan

VALPARAISO, Chile, 17 Jun (Reuters) – Pemain cemerlang membantu kemenangan pertama Bolivia pada Copa America sejak 1997 gembira akhirnya meraih tiga mata buat negaranya dan menyatakan kemenangan itu menyuntik semangat mereka layak ke suku akhir kejohanan tahun ini.

“Objektif kami adalah memenangi perlawanan Copa America selepas sekian lama,” kata penjaga gol Romel Quinonez (gambar) selepas menang 3-2 ke atas Ecuador di Valparaiso.

“Kami belum lagi layak tapi kemenangan ini satu langkah besar buat kami dan kami amat gembira.” Bolivia menghuni tangga kedua kumpulan di belakang tuan rumah Chile menerusi perbezaan gol dengan kedua-dua negara mengumpul empat mata. Quinonez hanya berusia lima tahun apabila Bolivia menang perlawanan terakhir mereka pada Copa America, tahun mereka menjadi hos kejohanan itu dan ditundukkan Brazil 1-3 pada final.

Dia bertindak cemerlang ketika kemenangan Bolivia semalam selepas mendahului 3-0 pada babak pertama dan kemudian bertahan sepanjang babak kedua. Quinonez menyelamatkan sepakan penalti Enner Valencia pada babak pertama selain bertindak cemerlang menyekat usaha lawan pada babak kedua.

Dengan angin membantu mereka Ecuador berulang kali mencuba nasib menerusi rembatan jarak jauh namun mereka tetap kecewa berikutan kekebalan Quinonez.

Penjaga gol Bolivia, Romel Quinonez menyelamatkan sepakan penalti pemain Ecuador, Enner Valencia dalam aksi Copa di Valparaiso, semalam. – AFP
Penjaga gol Bolivia, Romel Quinonez menyelamatkan sepakan penalti pemain Ecuador, Enner Valencia dalam aksi Copa di Valparaiso, semalam. – AFP