Quintana kekalkan jersi merah

Quintana kekalkan jersi merah

MADRID, 9 Sept – Magnus Cort Nielsen berkata kejayaannya adalah ‘impian besar yang menjadi kenyataan’ selepas menawan peringkat ke-18 Vuelta a Espana semalam ketika Nairo Quintana terus mengekalkan pendahuluannya di depan Chris Froome.

Penunggang dari Denmark itu mencatatkan kemenangan pertama Grand Tour dari Nikias Arndt dari Jerman dan pemenang peringkat ke-16, Jempy Drucker dengan masa catatan 4 jam 54 minit 31 saat bagi perlumbaan sejauh 200.6 km dari Requena ke Gandia.

Quintana menamatkan perlumbaan bersama Froome dengan masa yang sama untuk mengekalkan pendahuluannya 3 minit 37saat menjelang uji masa penting 37km hari ini dari Xabia ke Calp.

Quintana (tengah) meraikan kejayaan mempertahankan Jersi Merah di podium selepas mengharungi peringkat ke-18 sejauh 191km dari Requena ke Gandia, kelmarin. – AFP
Quintana (tengah) meraikan kejayaan mempertahankan Jersi Merah di podium selepas mengharungi peringkat ke-18 sejauh 191km dari Requena ke Gandia, kelmarin. – AFP

Froome secara realistik hanya dua peringkat untuk menterbalikkan kelebihan Quintana jika dia menjadi penunggang pertama memenangi Jelajah Perancis dan Vuelta dalam masa yang sama sejak 1978.

Penunggang dari Britain itu dijangka kembali dengan masa yang baik mengatasi penunggang Colombia dalam ujian masa untuk menetapkan persaingan dengan kategori pendakian khas ke Alto Aitana esok sebelum perarakan tradisi di seluruh Madrid bagi peringkat akhir.

Quintana pernah berkata pada awal perlumbaan dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga minit pendahuluan untuk menyaingi Froome. – AFP