Quintana tawan peringkat ke-10 Jelajah Sepanyol

Quintana tawan peringkat ke-10 Jelajah Sepanyol

LAGOS DE COVADONGA, Sepanyol, 30 Ogos – Nairo Quintana dinobatkan sebagai pemenang jersi merah Jelajah Sepanyol (Vuelta) selepas mempamerkan pendakian menarik bagi memenangi peringkat ke-10, semalam.

Chris Froome bangkit selepas jatuh pada permulaan 12.2 kilometer bagi kategori pendakian khas hingga ke akhir 188.7 kilometer perjalanan dari Lugones ke Lagos de Covadonga sehingga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam pusingan itu. Beliau kemudiannya melonjak tiga tangga dalam klasifikasi umum, 58 saat di belakang Quintana .

Manakala Alejandro Valverde hanya satu saat di hadapan Froome yang menduduki tangga kedua keseluruhan.

Quintana melintasi garisan penamat dalam masa 4 jam 50 minit 31saat, mendahului Robert Gesink, yang berjaya menamatkan perlumbaan 24 saat di belakang, dan hanya beberapa saat di depan Froome.

Quintana melimpasi garisan penamat bagi menjuarai peringkat ke-10 bagi edisi ke-71 La Vuelta perjalanan 188.7 kilometer antara Lugones ke Lagos de Covadonga. – AFP
Quintana melimpasi garisan penamat bagi menjuarai peringkat ke-10 bagi edisi ke-71 La Vuelta perjalanan 188.7 kilometer antara Lugones ke Lagos de Covadonga. – AFP

Juara tiga kali Vuelta, Alberto Contador mengalami satu lagi tamparan yang merosakkan peluangnya untuk memenangi rekod keempat di tempat sendiri apabila beliau hanya berjaya selesai dalam masa 1 minit 05 saat dibelakang Quintana yang hanya berada di kedudukan kelima keseluruhan.

Pendahulu semalaman, David de la Cruz jatuh ke tangga ketujuh dalam klasifikasi umum.

Peluang Froome untuk menjadi pelumba pertama dalam 38 tahun memenangi Jelajah Perancis dan Vuelta pada tahun yang sama kelihatan pudar apabila susut di belakang pesaing beliau, dan hampir ketinggalan satu minit di belakang Quintana pada satu peringkat. – AFP