Rabobank saran M’sia labur dalam pertanian hiliran

Rabobank saran M’sia labur dalam pertanian hiliran

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Malaysia patut perbanyakkan pelaburan dalam sektor hiliran industri pertaniannya bagi menampan kesan ketidaktentuan harga komoditi, kata Rabobank Southeast Asia.

Pengarah Penyelidikan dan Penasihat Makanan dan Perniagaan Taninya, Pawan Kumar berkata perniagaan hiliran berkecenderungan mendapat lebih banyak manfaat daripada aliran menurun harga komoditi menerusi bekalannya yang banyak dan harga runcit tetap.

Beliau berkata Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan mewujudkan peluang besar bagi syarikat di rantau ini menerusi pangkalan pengguna lebih besar, peningkatan aliran pelaburan dan kesan berganda daripada pembangunan prasarana. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA