RACOBRA menyerlah di Melaka

RACOBRA menyerlah di Melaka

Oleh Pg Hajah Nazhatul Shima Pg Haji Tajuddin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seramai 10 pelumba dan krew Kelab Bot Kawalan Jauh Brunei (RACOBRA) telah menyertai Pertandingan Bot Kawalan Jauh Antarabangsa Melaka sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2015.

Negara yang turut menyertai pertandingan ini ialah Thailand, Vietnam, Singapura, Australia dan tuan rumah Malaysia melibatkan 560 buah bot sekali gus terpahat dalam Asian Book of Record untuk penyertaan bot RC paling banyak.

Pertandingan ini diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Haji Idris Haji Harun.

Peserta Brunei Awang Muslim Haji Lakim memenangi tempat pertama dalam Class D Mono/Vee Hull 43cc and below modified engine. Mat Yussof Adam memenangi tempat kelima dalam Class E Mono/Vee Hull 26cc-28cc Open Import Marine Gasoline Engine.

Peserta Brunei bergambar bersama piala kemenangan mereka.
Peserta Brunei bergambar bersama piala kemenangan mereka.

Tempat ketiga dan kelima peserta negara kita Awang Zulhairey Haji Madon dan Haji Mohammad Haji Jamal memenangi acara Class F Catamaran/Tunnel Hull 26cc-28cc Open Import Marine Gasoline Engine.

Haji Mohammad Jamal juga mendapat tempat pertama dalam Kategori Class G Mono/Hull 29cc-31cc Open Import Marine Gasoline Engine, diikuti Awang Sufri Haji Ahmad di tempat keempat, juga peserta Brunei.

Dalam Kategori Class I Rigger/Hydro Open CC import Marine Gasoline Engine, peserta Brunei Haji Mohammad Haji Jamal berjaya meraih tempat pertama.

Sebelum menyertai pertandingan ini, peserta negara telah membuat persiapan dan latihan di Tasik Tanah Jambu, Lebuhraya Muara Tutong.