Radisson perkenal menu sihat

Radisson perkenal menu sihat

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Hotel Radisson Brunei Darussalam, yang merupakan sebahagian daripada cabang rangkaian Hotel Carlson Rezidor, mengamalkan Bulan Tindakan Perniagaan Bertanggungjawab bagi sepanjang bulan September ini yang merangkumi alam sekitar, komuniti dan orang ramai.

Untuk itu, ia menumpukan kepada makanan, pilihan makanan alam sekitar yang sihat dan pengurangan sisa makanan. Pelbagai aktiviti melibatkan warga kerja hotel tersebut dibuat daripada segi kesedaran tentang makanan dan gaya hidup sihat seperti menu sihat, aktiviti kecergasan dan juga kempen derma darah yang diadakan baru-baru ini.

Selain menu sihat untuk warga kerjanya, Hotel Radisson juga melaratkan promosi menu sihat di restorannya, Tasek Brasserie yang dilancarkan baru-baru ini. Menu-menu ini adalah pilihan makanan sihat dan menu ‘vegetarian’ yang termasuklah Watermelon Feta, Greek Salad dan sup seperti Tomato Orange.

Antara hidangan yang ditampilkan pada Bulan Tindakan Perniagaan Bertanggungjawab.
Antara hidangan yang ditampilkan pada Bulan Tindakan Perniagaan Bertanggungjawab.
Hidangan pasta sihat yang diketengahkan Tasek Brasserie.
Hidangan pasta sihat yang diketengahkan Tasek Brasserie.
Pelanggan boleh membuat pilihan untuk mendapatkan hidangan pencuci mulut Watermelon Feta.
Pelanggan boleh membuat pilihan untuk mendapatkan hidangan pencuci mulut Watermelon Feta.

Manakala bagi hidangan utama dan pasta pula terdiri daripada Napolitana, Butternut Olive, Seared Fish Coconut dan Sup Mi Wantan. Trio Sorbet pula adalah salah satu hidangan pilihan bagi pencuci mulut sihat untuk para pelanggan.

Pengurus Besar Hotel Radisson, Jerome van Helden mengatakan, “Carlson Rezidor merupakan salah satu syarikat hotel antarabangsa pertama yang melaksanakan Program Perniagaan Bertanggungjawab bagi seluruh kumpulannya. Menjalankan perniagaan dengan cara yang bertanggungjawab dan mapan bagi kami bukanlah pilihan, ia adalah satu kemestian.”

ARTIKEL YANG SAMA