Radwanska beraksi cemerlang di Terbuka China

Radwanska beraksi cemerlang di Terbuka China

BEIJING, 3 Okt – Agnieszka Radwanska menewaskan pemain wildcard dari China, Wang Qiang dalam straight set pada pusingan pertama Terbuka China semalam, yang meletakkannya hanya dua lagi kemenangan dari mencapai tempat dalam musim elit.

Pemain dari Poland itu perlu mara ke suku akhir di Beijing untuk memastikan kemunculan keenamnya berturut–turut di pertandingan lapan pemain WTA Final di Singapura.

Dia memenangi mahkota akhir tahun pada tahun lepas, setelah layak bagi pertandingan itu seminggu sebelum memenangi gelaran keduanya musim ini di Tianjin.

“Saya memiliki keadaan pada tahun lepas apabila saya memenangi Terbuka Tianjin untuk layak bagi pertandingan di Singapura, dan saya menang,’ kata pemain nombor empat dunia itu, yang bercakap kepada wartawan di Beijing.

Aksi Agnieszka semasa perlawanan perseorangan wanita pada kejohanan tenis Terbuka China di Stadium Tenis Nasional di Beijing, 2 Oktober 2016. – AP
Aksi Agnieszka semasa perlawanan perseorangan wanita pada kejohanan tenis Terbuka China di Stadium Tenis Nasional di Beijing, 2 Oktober 2016. – AP

“Sudah tentu, ia adalah kelayakan minit akhir. Saya akan mencuba segalanya untuk layak sebelumnya tahun ini.”

Pemain ranking ke-8, Carla Suarez Navarro tersingkir pada pusingan pertama Terbuka China, meletakkan kelayakannya bagi pertandingan hujung tahun dalam keraguan.

Tetapi kekalahan pemain Sepanyol itu kepada Yaroslava Shevdova, rangking ke-41, membuka ruang kepada pemain–pemain yang berada di belakangnya dalam pertandingan yang digelar ‘Race to Singapore”-Venus Williams, Petra Kvitova dan Svetlana Kuznetsova.

Kelayakan kali pertama itu juga dalam pandangan bagi Johanna Konta dari Britain dan pemain dari AS, Madison Keys, yang keduanya memenangi pertandingan pusingan pertama mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA