Radwanska julang Terbuka Shenzhen

Radwanska julang Terbuka Shenzhen

BEIJING, 10 Jan (AFP) – Bintang Poland, Agnieszka Radwanska tampil cemerlang di pentas akhir Tenis Terbuka Shenzhen sebentar tadi apabila menundukkan pemain Amerika Syarikat, Alison Riske 6-3, 6-2 untuk menyambar gelaran ke-18 WTA sepanjang kariernya.

Kemaraan Radwanska ke pentas akhir Shenzhen juga akan memastikan pemain ranking kelima dunia itu bakal memintas bintang Russia, Maria Sharapova sebagai pemain nombor empat dunia apabila senarai terbaru ranking WTA diumumkan esok.

Radwanska, naib juara Wimbledon 2012 dan juara Jelajah Final WTA di Singapura pada November lalu, tidak mengalami sebarang kekalahan set dalam saingan bernilai AS$500,000 di bandar raya utara China itu.

Menduduki 92 anak tangga di atas Riske, dia mengetepikan pemain berusia 25 tahun itu dalam tempoh satu jam 16 minit.

“Saya fikir Alison bermain tenis yang sempurna… tetapi servis saya banyak membantu permainan saya hari ini,” kata Radwanska kepada pemberita.

Agnieska Radswanka ketika menjulang piala Terbuka Shenzhen. – Reuters
Agnieska Radswanka ketika menjulang piala Terbuka Shenzhen. – Reuters