Radwanska mara ke separuh akhir

Radwanska mara ke separuh akhir

MELBOURNE, 26 Jan – Pemain pilihan keempat, Agnieszka Radwanska melangkah ke separuh akhir kelima Grand Slam selepas mendominasi perlawanan menewaskan Carla Suarez di Terbuka Australia, sebentar tadi.

Suarez dari Sepanyol yang juga pemain pilihan ke-10 gagal menandingi corak permainan Radwanska yang menyudahkan aksi ‘straight set’ 6-1, 6-3 di gelanggang Rod Laver Arena.

Radwanska akan bertemu Serena William pada peringkat separuh setelah pemain AS itu berjaya menewaskan Maria Sharapova di peringkat separuh akhir.

“Saya begitu berpuas hati, Saya tahu ia akan begitu sukar kerana dia begitu kental, seperti pemain-pemain Sepanyol lainnya,” ujar Radwanska.

“Saya cuba untuk lebih agresif dan fokus terhadap servis saya. Saya berasa saya melakukannya dengan baik. Saya gembira kerana dapat memainkan tenis terbaik saya pada setiap perlawanan.”

Radwanska, yang sekarang ini tanpa kalah dalam 13 perlawanan berturut-turut, termasuk kemenangan di Terbuka Shenzhen bulan ini, hampir tewas pada pusingan sebelumnya, namun hari ini begitu mudah berbanding perlawanan tersebut.

Suarez membuat bidaan untuk mara ke peringkat separuh akhir Grand Slam buat pertama kali dalam 29 percubaan, dan walaupun menerima kekalahan, penglibatannya menjangkakan dia akan kembali ke 10 terbaik dunia. Sekarang dia berada di ranking ke-11.

Radwanska juga mempunyai sebab-sebab untuk meneruskan persaingan, dengan kemaraannya ke peringkat separuh akhir menjangkakan dia akan berada di atas Garbine Muguruza ke nombor tiga dunia apabila senarai ranking dikeluarkan minggu depan.

Dia meraih gelaran terbesarnya pada WTA Finals tahun lepas di Singapura, dengan satu lagi untuk diraih dalam kejohanan di Melbourne ini. – AFP