Radwanska sekat Jankovic

Radwanska sekat Jankovic

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 16 Mac (Reuters) – Pilihan ketiga, Agnieska Radwanska, menewaskan Jelena Jankovic 6-3 6-3, sekali gus mara ke suku akhir tenis Indian Wells WTA-ATP untuk menempah pertemuan menentang pemain nombor sembilan dunia, Petra Kvitova.

Radswanka yang juga naib juara dua tahun lalu itu menewaskan juara 2010, Jelena Jankovic pada perlawanan yang menyaksikan beberapa gerakan menarik dihasilkan kedua-dua pemain terbabit.

“Kami pernah bertemu beberapa kali sebelum ini dan ia mengingatkan saya pada aksi yang akan mengerah tenaga membabitkan banyak larian dan rali panjang. Jadi saya sudah bersedia hari ini,” kata Radwanska yang kini memenangi semua enam perlawanan menentang Jankovic di gelanggang keras.

Aksi Radwanska ketika menentang Jankovic semasa hari kesembilan Kejohanan Terbuka BNP Paribas. Radwanska berjaya menewaskan Jankovic dengan kiraan 6-3 6-3, sekali gus mara ke suku akhir tenis Indian Wells WTA-ATP. – AFP
Aksi Radwanska ketika menentang Jankovic semasa hari kesembilan Kejohanan Terbuka BNP Paribas. Radwanska berjaya menewaskan Jankovic dengan kiraan 6-3 6-3, sekali gus mara ke suku akhir tenis Indian Wells WTA-ATP. – AFP

Juara Wimbledon dua kali, Kvitova menamatkan perjuangan pemain kelayakan America Syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang, Nicole Gibbs menerusi kemenangan 4-6 6-3 6-4 untuk menempah slot ke suku akhir.

“Sukar untuk bangkit selepas tewas set pertama,” kata pemain Czech itu yang terpaksa beraksi dalam tiga set dalam ketiga-tiga kemenangan sebelum ini.

“Kami mempamer aksi yang baik pada set ketiga. Jadi saya gembira apabila akhirnya berjaya mencatat kemenangan.”

Pemain nombor satu dunia, Serena Williams; juara bertahan, Simona Halep dan pilihan kesembilan, Roberta Vinci akan turut beraksi pada perlawanan sebelah petang, hari ini.