Radwanska terus mara

Radwanska terus mara

EASTBOURNE, United Kingdom, 26 Jun (AFP) – Bekas juara Agnieszka Radwanska mara ke separuh akhir WTA Antarabangsa Eastbourne semalam dengan menewaskan Tsvetana Pironkova dari Bulgaria 6-2, 6-2.

Juara 2008 dari Poland itu yang tersingkir pada pusingan pertama di pesisiran selatan England dalam tiga edisi berturut–turut dari 2012-2014, memerlukan hanya 65 minit untuk mara daripada empat break servis.

Pemain nombor 13 dunia itu yang berada di kedudukan kesembilan, hari ini menghadapi Sloane Stephens selepas pemain dari AS itu mara tanpa membuat sebarang pukulan apabila pemain dari Rusia, Daria Gavrilova terpaksa menarik diri sebelum persaingan suku akhir kerana tekanan di dada.

Radswanska memperbaiki rekodnya di Eastbourne kepada 12-7 ketika menewaskan Pironkova untuk kali kesembilan dalam 11 pertemuan, susulan separuh akhir Nottingham awal bulan Jun.

Ketika Radwanska tidak mensia–siakan masa di Devonshire Park, remaja Switzerland Belinda Bencic hanya memerlukan kurang daripada dua jam untuk menyingkirkan pencabar British terakhir pada pertandingan persediaan pra Wimbledon.

Radwanska mengembalikan pukulan kepada Tsvetana Pironkova di WTA Antarabangsa Eastbourne semalam. – Reuters
Radwanska mengembalikan pukulan kepada Tsvetana Pironkova di WTA Antarabangsa Eastbourne semalam. – Reuters

Pemain nombor 31 yang beraksi di atas gelanggang rumput bulan ini di Belanda dan tewas kepada Camila Giorgi dari Itali menewaskan Johanna Konta kelahiran Australia 2-6, 6-0, 6-3.

Pemain nombor 146 Konta hadir dengan wildcard dan berada dalam minggu terbaik kerjayanya ketika memenangi tiga pertandingan berturut–turut. Pemain terakhir yang berjaya nya di sini adalah Jo Durie 32 tahun lalu.

Dua daripada kemenangan Konta hadir ke atas pemain nombor empat WTA, Ekaterina Makarova dan pemain nombor 20 Gabine Muguruza dari Sepanyol. Bencic tewas dalam set pembukaan tetapi menukar taktik untuk kembali dalam pertandingan.