Rafa Nadal mula garang

Rafa Nadal mula garang

MONTREAL, 13 Ogos – Rafael Nadal bermula garang selepas pulih daripada kecederaan apabila menundukkan Sergiy Stakhovsky 7-6 (7/4), 6-3 di kejohanan ATP Montreal Masters, semalam.

Beraksi sebagai pemain pilihan ketujuh, Nadal bagaimanapun terpaksa menunggu dua jam sebelum boleh turun ke gelanggang di Stadium Uniprix disebabkan hujan lebat pada sebelah pagi.

Bermain di gelanggang simen, Nadal bagaimanapun diheret ke perlawanan tie-break pada set pertama namun mudah menghabiskan set kedua dengan 6-3. Dengan kemenangan itu, Nadal melangkah ke pusingan ketiga untuk bertemu Mikhail Youzhny, yang sebelum itu menewaskan pemain Perancis yang juga pilihan kesembilan, Gilles Simon 6-1, 6-4.

Nadal bermain di Kanada untuk pertama kali sejak memenangi kejohanan buat kali ketiga pada tahun 2013.

Pemain pilihan keempat dari Jepun, Kei Nishikori yang menjuarai Terbuka Washington pula mudah menundukkan pemain Sepanyol, Pablo Andujar 6-3, 6-3 dalam masa 70 minit. – AFP

Reaksi Nadal selepas menewaskan Sergiy Stakhovsky di kejohanan ATP Montreal Masters, semalam. – Reuters
Reaksi Nadal selepas menewaskan Sergiy Stakhovsky di kejohanan ATP Montreal Masters, semalam. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA