Rafael Benitez buru kemenangan

Rafael Benitez buru kemenangan

MADRID, 28 Ogos – Real Mdrid bersedia melupakan kekecewaan permulaan Rafael Benitez yang membimbing mereka apabila Betis mengunjungi Santiago Bernabeu esok.

Pasukan Benitez hanya mampu seri 0-0 di Sportin Gijon dalam memulakan kempen liga mereka hujung minggu lalu yang sudah meletakkan mereka mengekori Barcelona dan Atletico Madrid dengan dua mata.

Permulaan yang bagus dilihat sebagai kunci kepada usaha Madrid untuk memenangi gelaran La Liga kedua dalam tempoh lapan tahun bersama Barca dan Atletico yang menghadapi permulaan yang lebih sukar dalam kempen itu. Bagaimanapun, pertahanan Real Nacho menegaskan Los Blacos tidak akan membiarkan keadaan panik selepas hanya satu perlawanan musim ini.

“Kami perlu bertenang. Di Real Madrid setiap perlawanan adalah final,” dia memberitahu laman web kelab itu. “Jika kami menang menentang Sporting, kami masih perlu menewaskan Betis. Daripada ketenangan yang ada, kami boleh keluar untuk memenangi setiap perlawanan.”

Madrid seharusnya diperkasakan dengan kepulangan Karim Benzema ke barisan depan selepas mengalami kecederaan paha. Pemain dari Perancis itu yang dikaitkan dengan khabar angin perpindahan ke Arsenal kembali berlatih Selasa lalu.

Reaksi Rafael Benitez sebelum aksi La Liga pasukannya, Real madrid menentang Sporting Gijon, 23 Ogos lalu. – Reuters
Reaksi Rafael Benitez sebelum aksi La Liga pasukannya, Real madrid menentang Sporting Gijon, 23 Ogos lalu. – Reuters

Gareth Bale juga dijangka cergas biarpun mengalami kecederaan kaki di Gijon dan James Rodriguez dilihat akan kembali ke barisan utama selepas direhatkan di bangku simpanan untuk menurunkan Isco.

Barcelona menghasilkan permulaan sempurna dalam mempertahankan gelaran biarpun kekurangan selepas berjaya membalas dendam ke atas Athletic Bilbao dalam kekalahan mereka dalam Piala Super Sepanyol dengan kemenangan 1-0 di San Mames.

Luis Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi memastikan Lionel Messi tidak perlu menerima padah sepakan penalti separuh masa pertamanya yang terlepas dan dua pemain Amerika Selatan itu akan disatukan dengan Neymar buat kali pertama musim ini apabila Malaga mengujungi Camp Nou esok.

Pemain dari Brazil itu tidak beraksi dalam empat perlawanan Barca sehingga kini kerana sakit, tetapi telah berlatih sepanjang minggu dan akan meningkatkan skuad Barca namun tanpa beberapa pemain utama. – AFP