Rafael Nadal tersungkur

Rafael Nadal tersungkur

RIO DE JANEIRO, 21 Feb (AFP) – Pemain nombor lima dunia, Rafael Nadal ditunjukkan jalan keluar dari Terbuka ATP Rio selepas tewas 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 6-4 di tangan pemain ranking ke-45 dunia, Pablo Cuevas pada separuh akhir hari ini.

Kejayaan pemain Uruguay itu sekali gus menafikan impian Nadal untuk merekodkan pentas final ATP ke-100 peribadinya.

Cuevas menewaskan juara 14 kali Grand Slam itu dalam tempoh tiga jam 28 minit.

Cuevas selepas ini dijadual merebut gelaran kejohanan menentang pemain ranking ke-71 dunia, Guido Pella yang sebelum itu menewaskan pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem 6-1, 6-4.

“Saya sangat gembira kerana Rafael adalah seorang pemain tenis yang hebat,” kata Cuevas.

Nadal tewas di tangan pemain ranking ke-45 dunia, Pablo Cuevas pada separuh akhir dengan 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 6-4. – Reuters
Nadal tewas di tangan pemain ranking ke-45 dunia, Pablo Cuevas pada separuh akhir dengan 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 6-4. – Reuters

“Saya memasuki gelanggang dengan berfikiran mahu mencari kemenangan dan saya tahu yang saya perlu kekal tenang, sesuatu yang saya mampu lakukan pada hampir keseluruhan perlawanan.”

Sementara itu, pertembungan antara Pella dan Thiem diganggu dengan angin kencang pada set pertama sebelum perlawanan terpaksa ditunda hampir sejam ekoran hujan lebat namun ia sama sekali tidak mengganggu fokus pemain Argentina itu.

“Set pertama sangat sukar tetapi saya dibesarkan di kawasan yang mempunyai tiupan angin seperti ini dan lebih teruk lagi,” kata Pella yang membesar di Bahia Blanca. “Jadi saya sudah biasa dengan keadaan sebegini.”

Nadal menyerah di awal masa pertama dalam set terakhir dan tiada komen dikeluarkannya, sementara itu, Cuevas menang semua 17 mata pada set ketiga.