Rafael Nadal yakin

Rafael Nadal yakin

NEW YORK, 28 Ogos – Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal merasa yakin mengenai peluangnya untuk merangkul gelaran ketiga Terbuka AS ketika kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini itu membuka tirainya, minggu depan.

“Saya berharap sudah bersedia. Saya tidak bermain dengan baik sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Saya fikir saya berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding beberapa bulan lalu sebelum tiba ke kejohanan ini,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu.

Begitupun, pemain berusia 29 tahun itu menambah dia yakin mampu beraksi dengan baik. “Saya merasa yakin yang saya mampu beraksi dengan baik,” katanya.

Nadal pada sesi promosi pelancaran produk baju Tommy Hilfiger di New York, 25 Ogos lalu. – Reuters
Nadal pada sesi promosi pelancaran produk baju Tommy Hilfiger di New York, 25 Ogos lalu. – Reuters

Pernah mengucup kejuaraan pada edisi 2010 dan 2013, Nadal begitupun terlepas aksi tahun lalu kerana tidak sihat dan kecederaan.

Sebelum tersingkir di pusingan kedua Wimbledon tahun ini, Nadal begitupun berjaya memenangi tiga kejuaraan iaitu di Hamburg, Stuttgart dan Buenos Aires.

Pilihan kelapan kejohanan itu ditemui pada majlis promosi kejohanan elit tenis itu di sini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA