‘Rafalusi’ Magpie, Di Matteo bina Villa

‘Rafalusi’ Magpie, Di Matteo bina Villa

LONDON, 4 Ogos – Rafael Benitez dan Roberto Di Matteo tidak menyesal beralih daripada kehidupan elit Eropah untuk bertempur dalam kancah Kejohanan malah mereka bersedia bersaing untuk merebut promosi dari divisyen dua England.

Dua belas bulan yang lalu, Benitez menyediakan Real Madrid untuk mengintai hadiah utama, manakala Di Matteo pula dikaitkan dengan beberapa tugasan berprestij selepas meninggalkan kelab Jerman, Schalke.

Adalah sukar untuk membayangkan baik Benitez, yang mengetuai Liverpool menang Liga Juara-Juara pada 2005 mahupun Di Matteo, yang memenangi pertandingan kelab terkemuka Eropah sebagai pengurus Chelsea pada 2012, mengemudikan pasukan dalam Kejohanan.

Namun, pada malam perjalanan Newcastle ke Fulham untuk aksi pembukaan musim ini pada Jumaat, kedua-dua pengurus itu bersedia untuk memulihkan dua gergasi yang jatuh kepada bekas kegemilangan mereka.

Newcastle, yang diuruskan oleh Benitez, adalah pilihan untuk memenangi kepulangan serta-merta ke Liga Perdana pada musim pertama mereka dalam peringkat kedua sejak 2010.

Menguruskan kelab Kejohanan bukan masalah bagi Benitez kerana sudah terbukti mampu menjalankan tugas membawa kelab divisyen dua Sepanyol memenangi promosi ke La Liga. – AFP
Menguruskan kelab Kejohanan bukan masalah bagi Benitez kerana sudah terbukti mampu menjalankan tugas membawa kelab divisyen dua Sepanyol memenangi promosi ke La Liga. – AFP
Matt Ritchie antara pemain baru yang dibawa Benitez untuk mem-perkasakan pasukan The Magpie.
Matt Ritchie antara pemain baru yang dibawa Benitez untuk mem-perkasakan pasukan The Magpie.

Aston Villa yang dilatih oleh Di Matteo, juga dijangka menjadi antara pesaing promosi kerana mereka berdepan dengan tahun pertama keluar dari liga utama sejak 1987/88.

Menghindari Kejohanan adalah urusan paling getir, tetapi Benitez bukanlah pendatang baru yang naif untuk menjalani kehidupan selepas mengetuai Extremadura dan Tenerife memenangi promosi dari divisyen dua Sepanyol.

“Adalah penting bagi kami untuk bekerja keras, teratur dan bermain gaya bola sepak kami sendiri,” kata Benitez. “Saya fikir kami semakin baik selepas setiap perlawanan tetapi masih jauh daripada apa yang kami impikan.”

Kali terakhir Newcastle dalam Kejohanan di mana mereka memenangi kejuaraan dengan 102 mata dan sejarah mungkin berulang berdasarkan rentak luar biasa di sebuah kelab yang sudah biasa dengan perang saudara.

Hasil dorongan keputusan Benitez mengoyakkan klausa penyingkiran dalam kontraknya, penyokong Newcastle telah membeli lebih banyak tiket musim ini berbanding musim lalu dan faktor ini pula disokong oleh perbelanjaan 25 juta pound untuk mendapatkan khidmat Matt Ritchie, Grant Hanley, Ciaran Clark dan Dwight Gayle.

Sebaliknya, ketika Villa diambang penyingkiran musim lalu, semua orang di dalam kelab nampak muram. Peminat begitu berterus terang dalam kritikan mereka terhadap skuad yang mundur.

Pengurus baru Roberto Di Matteo (tengah) bergambar bersama pemilik Villa Dr. Tony Xia (kiri) dan CEO Keith Wyness (kanan).
Pengurus baru Roberto Di Matteo (tengah) bergambar bersama pemilik Villa Dr. Tony Xia (kiri) dan CEO Keith Wyness (kanan).

Sesetengah daripada mereka tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana ada penyelewengan, manakala pemilik sebelum ini, Randy Lerner sedang berkira-kira untuk mengurangkan harga permintaan beliau untuk menjual kelab yang bermasalah.

Apabila ahli perniagaan China Tony Xia selesai melengkapkan pengambilalihan 75 juta pound pada Julai, sebahagian kesuraman Villa Park sudah hilang.

Sekarang tugas Di Matteo adalah untuk membina semula ikatan antara pasukan dan penyokong yang sudah putus di samping memastikan mereka tidak ketinggalan dalam perlumbaan promosi.

“Singa telah tidur selama empat atau lima tahun lalu dan kami mahu memastikan Roberto dan pasukannya akan mengejutkan singa dari tidur,” kata Xia.

Walau bagaimanapun, menjelang aksi pembukaan menentang Sheffield Wednesday, Di Matteo mengakui pengubahsuaian beliau hanya baru bermula.

“Ia adalah sebuah rumah yang perlu diroboh dan dibina sekali lagi. Itulah setakat ini apa yang saya lihat,” katanya.

Seperti Villa, saingan tempatan mereka Wolves juga menjadi milik jutawan. Wolves yang dibeli oleh kumpulan International Fosun dengan harga 45 juta pound, menaruh harapan untuk kembali semula ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2012.

Tetapi pelantikan bekas penjaga gol Itali Walter Zenga, yang tidak mempunyai pengalaman bola sepak Inggeris dan telah menguruskan 10 kelab dalam masa 10 tahun, menampakkan satu perjudian pihak kelab yang amat ketara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA