Rafinha terkecuali daripada skuad Brazil

Rafinha terkecuali daripada skuad Brazil

LOS ANGELES, 1 Jun – Persiapan Brazil untuk menghadapi Copa America Centenario mengalami satu lagi tamparan hebat awal pagi tadi selepas tonggak tengah Rafinha dan penjaga gol Aderson diketepikan daripada kejohanan akibat kecederaan.

Rafinha yang mewakili Barcelona tidak boleh menjalani latihan dengan sempurna sejak tiba ke kem latihan di Los Angeles minggu lalu.

Rafinha tidak akan bermain buat skuad Brazil dalam Copa America Centenario. – AFP
Rafinha tidak akan bermain buat skuad Brazil dalam Copa America Centenario. – AFP

Rafinha akan digantikan oleh bintang Paris Saint-Germain Lucas Moura manakala penjaga gol Benfica, Ederson – penjaga gol ketiga Brazil – digantikan oleh Marcelo Grohe.

Skuad kebangsaan Brazil sebelum itu turut dihantui masalah kecederaan membabitkan dua pemain iaitu Ricardo Oliveira dan bintang Bayern Munich Douglas Costa.

Kekosongan yang ditinggalkan itu diisi penyerang Benfica Jonas, dengan penarikan diri Costa pula membawa kepada keputusan untuk memanggil semula bekas tonggak Kaka.

Brazil akan membuka kempen Kumpulan B Copa America menentang Ecuador di Pasadena Rose Bowl pada Sabtu ini.

Di barisan penjaga gol Brazil ialah Alisson (Internacional), Diego Alves (Valencia) dan Marcelo Grohe (Gremio).

Barisan pertahanan pula, Miranda (Inter Milan), Gil (Shandong Luneng), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Rodrigo Caio (Sao Paulo), Daniel Alves (Barcelona), Fabinho (Monaco), Filipe Luís (Atlético Madrid) dan Douglas Santos (Atletico Mineiro).

Bahagian tengah dianggotai oleh Luiz Gustavo (Wolfsburg), Elias (Corinthians), Renato Augusto (Beijing Guoan), Willian (Chelsea), Lucas Lima (Santos), Philippe Coutinho (Liverpool), Kaka (Orlando City), Casemiro (Real Madrid) dan Lucas Moura (Paris Sain Germain).

Sementara di bahagian penyerang dianggotai oleh Jonas (Benfica), Hulk (Zenit) dan Gabriel (Santos). – AFP