Rafiuddin juara XCO Elite Cabaran MTB 2016

Rafiuddin juara XCO Elite Cabaran MTB 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BNADAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – TMchefbox semalam mengadakan Cabaran MTB 2016 basikal gunung di Hutan Simpan Berakas menyaksikan tujuh kategori dipertandingkan termasuk Kategori Downhill Elite dan Master, Terbuka XCC Lelaki (Master, Junior, Veteran dan Elite) dan XCC terbuka wanita.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis itu semalam ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Mohammad Rafiuddin bin Zikara tampil juara dalam Kategori XCO Elite, diikuti Muhammad Nurjamri bin Johari di tempat kedua dan di tempat ketiga jatuh kepada Kusnadi. Sementara bagi XCO Junior pula disandang oleh Muhammad Imanizayidi bin Haji Yunaidi, diikuti oleh Muhammad Faesal Firdaus bin Mohd Nur di tempat kedua dan Hamizan bin Haji Herman di tempat ketiga.

Barisan pemenang terbuka wanita di dalam cabaran kali ini.
Barisan pemenang terbuka wanita di dalam cabaran kali ini.

Dalam Kategori XCC Master pula dijuarai oleh Amir bin Jamin dan tampil di tempat kedua dan ketiga adalah Ali Mustapha bin Haji Abdul Hamid diikuti Adrian Tan, sementara di dalam Kategori XCC Veteran, juara disandang oleh Pengiran Zaman bin Pengiran Haji Matasan, diikuti oleh Zakaria Haji Bakar dan Benzamin Kolenus masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori XCC wanita terbuka pula dijuarai Christian Fah diikuti oleh Noorhasniti Juin di tempat kedua dan Nurul Amal Maziah Ibrahiom Noor di tempat ketiga.

Dalam bahagian Downhill pula Muhammad Syafiq Subian menjuarai Kategori Elite diikuti oleh Nick Shain di tempat kedua dan Mohd Shahnizzam bin Haji Tamit di tempat ketiga, sementara bagi Kategori Downhill Master pula diungguli Hamidun bin Haji Sapar diikuti oleh Mahmodin bin Ibrahim di tempat kedua dan Alizzam hassiddiq bin Haji Kelali di tempat ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA