Rahsia di sebalik kejayaan The Foxes

Rahsia di sebalik kejayaan The Foxes

BANGKOK, 3 Mei (AFP) – Bilionair di sebalik gelaran Liga Perdana Leicester City menjadi masyhur dalam kalangan peminat dan serupa seperti kerabat diraja – dan dia sekarang bersedia untuk mendapatkan keuntungan dalam salah satu cerita dongeng bola sepak paling hebat.

Vicai Srivaddhanaprabha yang menyukai Polo, 58, boleh berdiri bersama selebriti dan nama keluarganya, bermakna “cahaya kejayaan yang progresif” dikurniakan oleh Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand.

Tetapi taikun dari Thailand itu juga mempamerkan sentuhan tepat yang biasa, memberikan minuman dan donat secara percuma di Stadium King Power, Leicester di mana dia mendaratkan helikopter di tengah-tengah bulatan.

Di sebalik popularitinya itu, Vichai kekal bertenaga ketika ditemu bual dan lebih suka membenarkan anak lelakinya, Aiywatt yang juga dikenali sebagai “Top” bertindak sebagai ketua keluarga.

“Dia (Vichai) adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan cuba mencabar dirinya untuk menyempurnakan sesuatu,” naib pengerusi Leicester, Top memberitahu AFP di Bangkok bulan lalu.

“Dia berkata, saya rasa dua atau tiga tahun sebelum ini, dia mahukan pasukan berjaya dalam Liga Perdana dan sekarang kami berjaya.”

Perhubungan Vichai secara berhati-hati dibawa dalam persekitaran politik Thailand sejak beberapa tahun kebelakangan ini sambil memandu empayar King Power menjadi kukuh.

Dia menghasilkan kemewahan dianggarkan AS$2.9 bilion sejak menubuhkan King Power pada 1989 – bermula dengan sebuah kedai di Bangkok.

Dengan nama syarikat yang tertera pada jersi dan stadium Leicester, Vichai sekarang berada di kedudukan kejayaan bola sepak dalam pengiktirafan global bagi jenamanya.

Dan sebagai juara Liga Perdana, saham Leicester musim depan untuk persetujuan penyiaran TV adalah AS$7.4 bilion – jauh lebih besar berbanding yang dibayar Vichai untuk kelab tersebut pada permulaan pelaburannya.