Rahsia di sebalik ‘mata bergerak-gerak’?

TAHUKAH anda Eye twitching atau ‘Myokymia’? Dalam bahasa Melayunya ia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.

Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dan boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas. Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca terjadinya ‘eye twitching’ ini:

  1. Stres

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stres atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.

  1. Terlalu penat

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. – Gambar hiasan
  1. Ketegangan mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan.

Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.

Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk penggunaan komputer.

  1. Kafein dan alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

  1. Kekeringan mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

  1. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walau bagaimanapun antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:

Ada orang mengatakan bahawa mata berkedip ini ada kaitannya dengan hati dan perasaan kita. Malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik mahupun buruk.

Mitos:

-Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas: akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.

-Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah: akan mendapat berita gembira.

-Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas: seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.

-Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah: akan menangis (akibat berita kurang baik atau musibah).

Kesimpulan

Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan daripada orang terdahulu. Apa yang penting, kita haruslah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah S.WT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya. – Agensi