Rai Hari Menabung

Rai Hari Menabung

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berpeluang untuk menikmati hari yang seronok bersama kakitangan Bank Baiduri yang menyertai jerayawara meraikan Hari Menabung Kebangsaan, kelmarin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini.

Menurut kenyataan itu, jerayawara berkenaan merupakan siri ke-2 daripada empat siri jerayawara yang dianjurkan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) bagi Hari Menabung Kebangsaan yang membawa tema ‘Generasi Celik Kewangan’, yang disertai oleh Bank Baiduri.

Tema itu menunjukkan matlamat negara untuk menjana sebuah generasi yang peka dengan kewangan mereka dan memahami perlunya untuk menabung.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa serupa dengan sambutan yang diadakan di Sekolah Rendah Lambak Kanan pada minggu lalu, beberapa kegiatan dan permainan telah direka khas oleh Bank Baiduri bagi Hari Menabung Kebangsaan bagi para pelajar termasuk Fortune Finder dan Express Banking.

Sebagai sebahagian daripada kegiatan pada hari berkenaan, Bank Baiduri juga memberikan bola mini DPMM FC terhad dan pas akses penuh untuk menyertai Sambutan Hari Menabung Kebangsaan Bahagian 3, iaitu AMBD Financial Funfair yang akan dibuka kepada orang ramai dan diadakan di The Colonnade, Jerudong Park Playground pada 22 Mei nanti.

pg09_160513_a

Pelbagai kegiatan dan permainan menarik yang disediakan oleh Bank Baiduri yang menyertai Jerayawara Sempena Hari Menabung Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Pelbagai kegiatan dan permainan menarik yang disediakan oleh Bank Baiduri yang menyertai Jerayawara Sempena Hari Menabung Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

Semasa acara itu nanti, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan permainan yang disediakan oleh Bank Baiduri untuk Hari Menabung Kebangsaan.

Hari Menabung Kebangsaan merupakan salah satu cara di mana Bank Baiduri menunjukkan sokongannya kepada inisiatif kebangsaan untuk mempromosikan budaya menabung iaitu salah satu nilai teras bagi bank berkenaan.

Bank itu juga merupakan penaja kewangan bagi Junior Achievement (JA) Brunei di mana beberapa program yang menumpukan kepada mengajar pelajar-pelajar mengenai dengan wang, keusahawanan dan bajet telah diperkenalkan sebagai kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah terpilih di seluruh negara di bawah JA Brunei.

Di samping itu, Bank Baiduri juga merupakan penyokong kuat kepada Sambutan Minggu Wang Sedunia selama empat tahun kebelakangan ini. Manakala itu, kumpulan perancang kewangan peribadi bank berkenaan juga bergiat aktif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menyimpan dan mempunyai bajet dalam berbelanja kepada pelajar-pelajar di pelbagai sekolah serta juga kepada kakitangan-kakitangan di pelbagai agensi awam dan swasta di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA