Rai kejayaan emas hoki wanita Britain

Rai kejayaan emas hoki wanita Britain

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Persatuan Hoki Brunei Darussalam berkumpul bagi sesi bergambar ramai semalam sebagai ucapan tahniah kepada pasukan hoki wanita Britain yang meraih pingat emas di dalam temasya Sukan Olimpik 2016.

Sesi bergambar berkenaan melibatkan pasukan hoki lelaki dan wanita kebangsaan serta Kelab Hoki Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Ben Boddy.

Ketika ditemui Jurulatih Penjaga Gawang Pasukan Kebangsaan, Harry Baker menegaskan sesi bergambar ramai itu merupakan tanda penghormatan daripada pasukan hoki negara kepada kejayaan pasukan Britain di dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Sesi bergambar ramai itu telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan akan dikirim melalui laman Facebook skuad kebangsaan negara kepada pasukan Great Britain sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua pasukan.

Sesi bergambar ramai yang telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Sesi bergambar ramai yang telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

ARTIKEL YANG SAMA