Rai kepentingan institusi keluarga

Rai kepentingan institusi keluarga

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Institusi keluarga memainkan peranan dalam menyokong dan mendukung ke arah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan harmoni serta saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Ke arah itu, lebih 100 orang penduduk Kampung Putat memeriahkan Majlis Sambutan Hari Keluarga Tahun 2015 di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat dengan tema ‘Keluargaku Harapanku’, yang berlangsung selama dua hari, hari ini dan esok.

Sambutan yang dianjurkan buat kali pertama oleh Majlis Perundingan Kampung Putat dan Majlis Takmir Masjid Kampung Putat itu dilancarkan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metusin selaku tetamu kehormat majlis.

Dr Haji Manaf dalam ucapannya berkata, sikap kekeluargaan perlu dipupuk dan diperkukuhkan kerana keluarga merupakan penyumbang kepada pembangunan negara.

Kekuatan dan keutuhan sesuatu masyarakat dan segala perubahan dan perkembangan yang berlaku di peringkat keluarga sudah pasti akan memberi kesan di peringkat masyarakat dan negara.

Antara produk yang dipamerkan dan dijual semasa Sambutan Hari keluarga di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat hingga hari ini.
Antara produk yang dipamerkan dan dijual semasa Sambutan Hari keluarga di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat hingga hari ini.
Dr Haji Abdul Manaf berkata sikap kekeluargaan perlu dipupuk dan diperkukuhkan kerana keluarga merupakan penyumbang kepada pembangunan negara.
Dr Haji Abdul Manaf berkata sikap kekeluargaan perlu dipupuk dan diperkukuhkan kerana keluarga merupakan penyumbang kepada pembangunan negara.
Dr Haji Abdul Manaf memotong reben bagi melancarkan Hari Keluarga Kampung Putat 2015, kelmarin.
Dr Haji Abdul Manaf memotong reben bagi melancarkan Hari Keluarga Kampung Putat 2015, kelmarin.

“Ahli-ahli keluarga terutama generasi muda merupakan potensi serta aset besar yang perlu dipupuk dan dibangunkan dan dididik kerana mereka boleh menyumbang ke arah kemajuan negara pada masa hadapan penuh kesungguhan.

“Kita mahukan masyarakat yang bertanggungjawab, bertimbang rasa, taat, sopan, berdaya tahan, matang dan penyayang. Kualiti-kualiti unggul inilah yang boleh membawa kecemerlangan kepada generasi akan datang, kepada keluarga, masyarakat dan negara,” tekan beliau.

Dalam ucapannya itu, Dr Haji Manaf juga menyentuh mengenai penjagaan dan pemeliharaan taman rekreasi dengan sebaik-baiknya, yang mana beliau menyeru orang ramai menggunakan kemudahan yang diberikan dengan keharmonian, perpaduan dan kerjasama yang berterusan serta memantapkan kesejahteraan khususnya dalam kalangan masyarakat kampung ini dan kawasan berdekatan.

pg10_150601_c

Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Pemimpin Kampung Berjaya kepada para penerima.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Pemimpin Kampung Berjaya kepada para penerima.

Selepas melancarkan sambutan, tetamu kehormat turut menyampaikan Anugerah Pemimpin Kampung Berjasa kepada enam penerima atas peranan dan sumbangan mereka yang tidak ternilai.

Para penerima berkenaan ialah Haji Sani bin Akim, Haji Merali bin Haji Mohd Salleh, Haji Hashim bin Tuah, Haji Yahya bin Sulaiman, Haji Latif bin Haji Besar dan Haji Serudin bin Mudin.

Mereka merupakan pengasas sekolah sementara di kampung berkenaan, yang dibangunkan menggunakan kayu hutan, dinding kulit kayu dan atap nipah pada tahun 1959-1960, dan mula digunakan pada 30 Januari 1964.

Sambutan Hari Keluarga Kampung Putat itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk program keagamaan, sukan, peraduan memasak, gerai jualan dan sebagainya.

Antara produk yang dipamerkan dan dijual semasa Sambutan Hari keluarga di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat hingga hari ini.
Antara produk yang dipamerkan dan dijual semasa Sambutan Hari keluarga di Taman Rekreasi Herba Kampung Putat hingga hari ini.

pg10_150601_g

Dalam pada itu, kampung berkenaan juga telah merancang pelbagai program sepanjang tahun ini, seperti Sambutan Maulud Nabi, kempen kebersihan, masjid, sekolah dan tanah perkuburan.

Pada Ogos ini, kampung berkenaan akan mengadakan pertandingan sepak Takraw yang akan diteruskan dengan pembukaan rasmi gelanggang sepak takraw yang dinaik taraf dan gelanggang futsal.

Semua ini merupakan pelaburan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memberikan kemudahan, khusus kepada generasi muda agar bergiat aktif dalam perkara-perkara yang berfaedah dan menjauhi kegiatan tidak bermoral.

ARTIKEL YANG SAMA