Rai khidmat Gurkha

Rai khidmat Gurkha

LONDON, 10 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam tadi berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Perkhidmatan Tentera Gurkha kepada Kerajaan Inggeris yang ke-200 tahun; dan Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh His Royal Highness Prince Charles, Prince of Wales.

Kedua-dua majlis tersebut telah diadakan di Royal Hospital Chelsea,London, United Kingdom.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di State Apartments, Royal Hospital Chelsea dijunjung oleh Gabenor Royal Hospital Chelsea, Jeneral Sir Redmond Watt dan seterusnya disembah kenalkan kepada Jeneral Sir Peter Wall, Pengerusi Gurkha Welfare Trust, selaku penyelenggara Majlis Sambutan Perkhidmatan Tentera Gurkha ke-200 tahun, serta Isteri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung berangkat ke Council Chamber di mana Baginda disembah kenalkan kepada Jeneral Lord David Richards of Herstmonceux, pengiring Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepanjang acara tersebut.

Sejurus itu, Baginda Sultan berkenan berangkat beredar bagi perjumpaan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland; dan His Royal Highness Prince Philip, Duke of Edinburgh serta ahli-ahli kerabat diraja Inggeris yang lain sebelum dijunjung berangkat bagi sesi beramah mesra bersama tetamu-tetamu khas yang terdiri daripada orang-orang kenamaan, ahli-ahli korporat, para diplomat asing serta pegawai-pegawai kanan Tentera Gurkha yang hadir pada majlis tersebut.

Baginda Sultan menyaksikan pameran yang antaranya mempamerkan cenderamata yang dihadiahkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien kepada Jeneral Sir Walter Walker diatas jasa-jasanya semasa berkhidmat di Borneo pada tahun 1960an. – Infofoto
Baginda Sultan menyaksikan pameran yang antaranya mempamerkan cenderamata yang dihadiahkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien kepada Jeneral Sir Walter Walker diatas jasa-jasanya semasa berkhidmat di Borneo pada tahun 1960an. – Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ratu Elizabeth II berkenan menyaksikan pameran yang antaranya cenderamata yang dihadiahkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien kepada Jeneral Sir Walter Walker di atas jasa-jasanya semasa berkhidmat di Borneo pada tahun 1960an.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ratu Elizabeth II berkenan menyaksikan pameran yang antaranya cenderamata yang dihadiahkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien kepada Jeneral Sir Walter Walker di atas jasa-jasanya semasa berkhidmat di Borneo pada tahun 1960an.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama Putera Henry.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama Putera Henry.

pg04_150611_d

Kebawah Duli Yang Mulia bersama-sama Ratu Elizabeth II, Putera Charles dan Putera Philips berkenan menyaksikan upacara ‘Pageant Gurkha 200’ sempena memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha kepada Kerajaan Inggeris yang ke-200 tahun di lapangan Figure Court.
Kebawah Duli Yang Mulia bersama-sama Ratu Elizabeth II, Putera Charles dan Putera Philips berkenan menyaksikan upacara ‘Pageant Gurkha 200’ sempena memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha kepada Kerajaan Inggeris yang ke-200 tahun di lapangan Figure Court.

pg04_150611_b

Seterusnya, Baginda Sultan juga berkenan menyaksikan pameran yang antaranya mempamerkan cenderamata yang dihadiahkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien kepada Jeneral Sir Walter Walker di atas jasa-jasanya semasa berkhidmat di Borneo pada tahun 1960an.

Setelah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beredar bersama-sama kerabat diraja Inggeris dan tetamu-tetamu khas yang lain ke lapangan Figure Court untuk menyaksikan upacara ‘Pageant Gurkha 200’ sempena memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha kepada Kerajaan Inggeris ke-200 tahun.

Acara tersebut dihadiri oleh lebih 1,000 orang jemputan khas yang termasuk penyumbang dana Gurkha Welfare Trust. Acara persembahan padang bermula dengan semboyan fanfare dibunyikan, diikuti dengan Lagu Kebangsaan United Kingdom dan bertafakur bagi memperingati mangsa-mangsa gempa bumi Nepal baru-baru ini.

Acara seterusnya memaparkan perkhidmatan Tentera Gurkha selama tempoh 200 tahun yang lalu bermula dengan tahun-tahun awal semasa pihak British di India hinggalah semasa konflik di Afghanistan.

Kisah mengenai keberanian askar-askar Gurkha dalam pertempuran juga telah diceritakan melalui persembahan lakonan semula dalam acara persembahan padang tersebut.

Acara juga telah diselitkan dengan tarian-tarian tradisional Nepal yang dipersembahkan oleh ahli-ahli keluarga Tentera Gurkha. Persembahan-persembahan padang diiringi dengan persembahan muzik daripada Pancaragam Briged Tentera Gurkha.

pg04_150611_f

pg04_150611_g

pg04_150611_h

pg04_150611_i

Di akhir acara, Baginda Sultan berkenan berangkat meninggalkan Figure Court bersama-sama Ratu Elizabeth II, His Royal Highness Duke of Edinburgh serta ahli-ahli kerabat diraja Inggeris yang lain.

Majlis Santap Malam

Selepas acara Pageant tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihos oleh His Royal Highness Prince Charles, Prince of Wales yang juga Penaung Gurkha Welfare Trust, di Great Hall, Royal Hospital Chelsea.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke diiringi oleh His Royal Highness Prince Charles. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan, ahli-ahli korporat, para diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan Tentera Gurkha.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Jeneral Sir Peter Wall, Pengerusi Gurkha Welfare Trust, kemudian diserikan lagi dengan iringan muzik daripada Pancaragam Batallion Kedua The Royal Gurkha Rifles.

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA