Rai majlis makan bagi isteri Duta Thailand

Rai majlis makan bagi isteri Duta Thailand

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Kelab Wanita Antarabangsa Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan majlis makan tengah hari di Restoran Dynasty bagi mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang ahlinya iaitu isteri kepada Duta Besar Thailand ke Brunei Darussalam, Puan Parichart Raktabutr.

Majlis itu dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa kelab dan para jemputan.

Presiden kelab, Ungku Datin Hajjah Fanzah binti Haji Osman dalam ucapan alu-aluannya telah menyampaikan tanda penghargaan kepada Puan Parichart Raktabutr atas sumbangan dan sokongan kepada aktiviti sosial dan aktiviti amal kelab tersebut.

Beliau berkata, Puan Parichart Raktabutr berada di negara ini selama setahun dan mampu menyumbang serta memberi masa beliau untuk menyertai pelbagai aktiviti kelab berkenaan.

Kelab Wanita Antarabangsa berkesempatan bergambar ramai bersama Puan Parichart Raktabutr (tengah) di Restoran Dynasty.
Kelab Wanita Antarabangsa berkesempatan bergambar ramai bersama Puan Parichart Raktabutr (tengah) di Restoran Dynasty.

Pada majlis itu, yang dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa kelab dan para jemputan, Ungku Datin Hajah Fanzah turut menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Parichart Raktabutr bagi mewakili pihak kelab.

Puan Parichart Raktabutr kemudian juga berkesempatan menyampaikan rasa terima kasih kepada presiden dan ahli jawatankuasa kelab atas pemberian jamuan makan itu dan rasa terharu di atas persahabatan dan layanan diberikan kepada beliau.

Beliau turut menekankan, bukan kerana tempoh masa bersama tetapi tempoh kualiti bersama akan dikenang semasa menjadi salah seorang daripada ahli kelab tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA