Rai pemindahan mahkamah

Rai pemindahan mahkamah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 25 Nov – Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah semalam telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena pemindahan Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong daripada Bangunan Pejabat Lama ke Bangunan Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong yang baru.

Majlis diadakan di Surau Bangunan Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong Bukit Bendera.

Hadir di majlis tersebut ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli, Ketua Hakim Syari’e, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, hakim-hakim mahkamah tinggi syariah dan sivil, ketua pendaftar Mahkamah Besar, ketua pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, wakil-wakil dari agensi-agensi berkenaan serta pegawai-pegawai kehakiman.

Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan secara sederhana tersebut adalah bagi menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T sempena berpindahnya Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong ke bangunan yang baru bermula November 2016.

Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Syari’e bersama para pegawai kehakiman  hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena berpindahnya Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong ke bangunan baru.
Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Syari’e bersama para pegawai kehakiman hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena berpindahnya Mahkamah-mahkamah Daerah Tutong ke bangunan baru.

Bacaan Surah Yasin dan doa kesyukuran tersebut dikepalai oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metussin.

Projek pembinaan Bangunan Mahkamah-Mahkamah Daerah Tutong itu dilaksanakan melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-10 dengan harga rancangan kira-kira $16,410,949.

Bangunan mahkamah tersebut telah menyediakan tujuh buah dewan perbicaraan dan dua ruang pejabat bersama kaunter urusan yang berasingan bagi kegunaan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam memberikan perkhidmatan kehakiman masing-masing kepada orang awam khususnya di Daerah Tutong.